Sayidatina Khadijah r.a, sanggup berkorban untuk
mendaulatkan agama Allah dan tabah menghadapi cabaran hidup. Beliau telah memainkan peranan penting dalam menjayakan misi perutusan Rasulullah s.a.w. yang mahu menjadi rahmat kepada sekalian alam.
Beliau bersama Rasulullah s.a.w. berusaha mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya pertunjuk, mengembalikan pemikiran umat manusia dan hapuskan unsur-unsur pemikiran lapuk serta amalan khurafat. Selama ini masyarakat Arab Jahiliah menjalankan urusan kehidupan berasaskan corak berfikir yang tidak berlandaskan kaedah berfikir secara waras, kritis, dan saintifik.
Melihat kepada bibliografi beliau dan suasana masyarakat yang melayari kehidupannya waktu itu, membuktikan bahawa beliau merupakan seorang wanita yang matang, berhemah tinggi, berfikiran kritis. Beliau mampu menangani sebarang keadaan dengan tenang dan bijaksana. Sebagai contoh, kita boleh lihat kebijaksanaan yang ditunjukkannya semasa berlakunya peristiwa penurunan wahyu pertama terhadap Rasulullah s.a.w.
Dalam peristiwa tersebut, Rasulullah s.a.w. amat tertekan dan berada dalam ketakutan setelah didatangi oleh malaikat Jibril a.s. semasa baginda bersendirian di Gua Hira. Hal yang demikian adalah kerana peristiwa tersebut berlaku di luar jangkaannya dan berlaku dalam tempoh waktu yang amat pantas.
Baginda terus pulang ke rumah dalam keadaan badannya yang berpeluh dan mukanya yang pucat lesi.
Sayidatina Khadijah r.a. merasa hairan dan tercenggang melihat keadaan tersebut, tambahan pula selepas mendengar permintaan Rasulullah s.a.w. supaya menyelimutkannya.
Setelah jiwa Khadijah kembali tenang, beliau terus menanyakan Rasulullah s.a.w. tentang peristiwa yang menimpanya. Baginda yang tidak mengetahui apa-apa tentang Jibril, wahyu, malaikat menyatakan kepada Sayidatina Khadijah r.a. bahawa "aku melihat seorang lelaki yang datang kepadaku dalam gua tersebut yang memintaku membaca ... berkali-kali....
Sebagai isteri yang matang dan berfikiran kritis, Sayidatina Khadijah r.a. cuba berfikir dan memahami peristiwa luar biasa tersebut. Unsur keluarbiasaan yang dikaitkan dengan makhluk dari langit itu jarang diketahui kewujudannya oleh kebanyakan orang pada zaman itu. Namun, Khadijah boleh mencari jalan keluarnya dengan tenang.
Sikap Sayidatina Khadijah itu membuktikan bahawa beliau seorang tokoh wanita yang berfikiran kritis dalam menyelami sesuatu perkara. Oleh sebab itu, setelah berfikir dan mengenangkan kembali latar belakang Rasulullah s.a.w. yang dikenali, beliau menyatakan dengan yakin dan tegas: Demi Allah! Sesungguhnya engkau suka menyambung tali silaturahim, membantu orang yang kurang bernasib baik, menanggung bebanan, dan menolong yang berada dalam kesusahan. Maka orang yang mempunyai ciri-ciri akhlak terpuji seperti engkau ini tidak mungkin akan dikecewakan oleh Allah sampai bila-bila.... Jelasnya dalam peristiwa ini, Sayidatina Khadijah r.a. telah menggunakan akalnya yang waras untuk membuat dugaan akal dan cuba mentafsirkan peristiwa kedatangan Jibril a.s tersebut secara rasional dan kritis. Buktinya beliau cuba menghujah atau mendalilkan hal tersebut berasaskan metode pendalilan secara induksi. Gabungan maklumat yang diketahuinya secara lengkap tentang Rasulullah s.a.w. dan logik akalnya dijadikan asas pemikirannya. Lalu menyimpulkan bahawa Rasulullah s.a.w. akan dibantu oleh Allah S.W.T. dalam menguruskan kehidupannya dan sama sekali tidak akan dikecewakan oleh Allah S.W.T. Di sini jelas kepada kita bahawa Khadijah tidak cenderung untuk mengaitkan perkara tersebut dengan unsur-unsur khurafat atau perkara-perkara mistik yang tidak berlandaskan norma-norma kebenaran. Untuk membantunya menjadi ilm al-yaqin tentang perkara tersebut, beliau mengambil langkah seterusnya iaitu mengesyorkan kepada Rasulullah s.a.w. supaya menemui sepupunya Waraqah bin Naufal. Waraqah diketahuinya sebagai tokoh yang masih berpegang kepada agama yang benar (al-hanif) dan mempunyai banyak ilmu tentang persoalan-persoalan kehidupan dan keagamaan.
Waraqah banyak membaca dan menelaah kitab-kitab suci agama samawi terdahulu dan pemikiran Falsafah Illuminasi. Selain seorang ilmuwan beliau gemar mengembara dari Makkah ke Syam (Syria) untuk mencari ilmu. Beliau banyak menelaah karya-karya falsafah dan agama
samawi.
Tindakan Sayidatina Khadijah r.a. memilih Waraqah sebagai penasihat dan perunding mereka bagi mencari jawapan terhadap persoalan di atas jelas menunjukkan beliau seorang tokoh yang berfikiran kritis, Secara lazimnya personaliti yang berfikiran kritis gemar merujuk sesuatu perkara kepada orang yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang. Sikapnya yang tidak memilih ahli nujum, bomoh atau ahli sihir dalam hal ini, menunjukkan beliau tidak terlibat dengan perkara khurafat. Walhal yang demikian menjadi kegemaran sebahagian besar masyarakat Arab pada masa itu.
Sayidatina Khadijah r.a. yang mempunyai tahap kematangan berfikir dan berpegang kepada asas-asas kerasionalan akal dalam bertindak. Oleh sebab itulah beliau berjaya memimpin sebuah empayar pemiagaan yang besar semasa belum berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.
Kalaupun Sayidatina Khadijah r.a. tidak mengetahui secara yakin bahawa peristiwa yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w. itu sebagai tanda-tanda kenabian, namun dengan cahaya akalnya dia semacam dapat meramalkan perkara tersebut. Dugaannya temyata tepat apabila Waraqah mengesahkan tanda-tanda kenabian pada Rasulullah s.a.w. itu
Sayidatina Khadijah r.a. yang berfikiran matang, rasional, dan kritis itu terus bersama Rasulullah s.a.w. dalam era kenabian. Sememangnya sikapnya seiring dengan yang dibawa oleh Islam.
Sebagai agamawan yang berasaskan pemikiran rasional, saintifik, dan praktikal Khadijah tidak terpengaruh dengan kepercayaan khurafat. Ketika Ibrahim, anak Rasulullah s.a.w. meninggal dunia, berlaku gerhana matahari serentak dengan peristiwa tersebut, Keadaan ini menyebabkan sebahagian masyarakat Arab ketika itu berpendapat bahawa kejadian gerhana sebagai penyebab kematian anak baginda,
Rasulullah yang mengetahui tentang hal tersebut, segera menegaskan bahawa sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kekuasaan Allah, kedua-duanya tunduk kepada aturan hukum. Gerhana matahari (kusuf) dan gerhana bulan (khusuf) tidak akan berlaku semata mata kerana kematian seseorang atau kerana kehidupannya.
Kenyataan tegas daripada Rasulullah s.a.w. itu memantapkan akidah Khadijah.
Baginda tidak mahu umat Islam mengaitkan peristiwa yang berlaku dengan peristiwa yang bukan-bukan. Secara tidak langsung baginda
mengajar umatnya supaya berfikiran kritis dalam menangani persoalan-persoalan hidup yang berbagai aneka dan ragamnya,