TOKOH TOKOH ISLAM

Home

Ibn Bajjah | Ibn Maskawaih | Ibn Haitham | Jabir Ibn Haiyan | Badi'uzzaman Sa'id Nursi | Ibn Rusyd | Al-Ghazali | Al-Farabi | Ibn Tufail | Ibn Qayyim | Al-Biruni | Al-Razi | Ibn Sina | Ibn Khaldun | Malik Ben Nabi
Ibn Maskawaih

Orang yang mengasaskan teori evolusi

Ibn Maskawaih atau nama sebenarnya Abu Ali bin Ahmad bin Muhammad bin Yaakub bin Maskawaih merupakan ilmuwan Islam yang terpenting. Walaupun pemikiran falsafahnya tidak banyak dibicarakan tetapi beliau telah mengemukakan berbagai-bagai teori falsafah penting yang menjadi asas kepada pemikiran falsafah tokoh-tokoh selepasnya.

Pandangannya mengenai manusia dan perkembangan masyarakat bukan

sahaja menjadi asas pemikiran ke­pada ilmuwan Islam yang lain seperti

Ibnu Khaldun dan Jamaluddin Al Rini tetapi juga para sarjana Barat.

Teori evolusi yang dikemukakannya telah dijadikan sebagai bahan kajian

oleh Charles Darwin yang kemudiannya menerbitkan buku Origin of

Species mengenai kejadian dan asal-usul manusia. Dalam buku

tersebut, Charles Darwin telah menyatakan bahawa manusia

berkembang secara evolusi daripada spesies hidupan yang paling

ringkas kepada yang kompleks. Perkembangan itu berlaku secara

perlahan-lahan dan mengambil masa yang lama.

Hasil daripada kajian dan pemerhatiannya terhadap pelbagai spesies

hidupan dan fosil di beberapa buah benua, beliau akhirnya membuat

keputusan bahawa manusia se­benarnya berasal daripada beruk melalui

proses evolusi. Teori evolusinya telah menjadi kontroversi dan

mendapat tentangan daripada pihak gereja kerana dia menafikan

peranan Tuhan dalam menjadikan kehidupan di muka bumi ini.

Namun begitu, teori berkenaan telah menjadikan Darwin terkenal dan

dianggap sebagai pelopor teori evo­lusi yang digunakan oleh para

sarjana dalam bidang antropologi dan sosiologi dalam menghuraikan

sejarah serta perjalanan manusia serta perkembangan masyarakat.

Padahal teori evolusi telah lama digunakan oleh Ibn Maskawaih dalam

kajiannya mengenai perabadan ma­nusia. Menurutnya, kecerdikan

manusia tidaklah mengatasi kepintaran yang dimiliki oleh beruk. Tetapi

manusia menjadi lebih cerdik kerana pengalaman yang mereka peroleh

dalam kehidupan bermasyarakat.

Bagi Ibn Maskawaih, manusia itu ialah sebuah dunia yang kecil dan

padanya terdapat gambaran mengenai segala yang ada di dunia ini.

Setiap manusia mempunyai peranannya yang tersendiri sama ada

sebagai individu ataupun anggota masyarakat. Pendapat beliau ini

menepati "Teori Fungsi" yang dikemukakan oleh seorang ahli sosio­logi

Perancis yang bernama Auguste Comte.

Sekiranya setiap anggota masyarakat melaksanakan peranan dan

fungsinya maka masyarakat itu akan berada dalam keadaan yang stabil

dan bersatu padu serta membolehkannya berkembang dengan teratur.

Manakala sebarang gangguan terhadap fungsi itu akan mengakibatkan

berlakunya konflik dan pergolakan dalam masyarakat. Secara tidak

langsung akan membawa keruntuhan kepada masyarakat tersebut.

Jadi, tidak keterlaluan kalau di katakan bahawa Ibn Maskawaih juga

merupakan pengasas kepada Teori Fungsi yang digunakan oleh para

penganalisis sosial yang menjalankan kajian tentang masyarakat kuno

dan moden. Walaupun beliau terdidik dalam bidang perubatan, tetapi

minatnya yang mendalam terhadap ilmu, telah mendorongnya

mempelajari kesusasteraan, falsafah, kimia, bahasa, dan ilmu klasik

yang lain.

Beliau menguasai dan mempunyai kepakaran setiap bidang yang

dipelajarinya. Ibnu Maskawaih juga ahli sejarah dan ilmuwan akhlak

yang handal. Semua ilmu pengetahuan itu tidak dipelajari sekali gus

seperti yang sering dilakukan oleh sarjana Islam yang lain. Beliau

mempelajarinya secara berperingkat-peringkat dan akhirnya mendapati

bidang falsafah sesuai dengan dirinya sebagai seorang pemikir.

Memulakan kerjayanya sebagai doktor sebelum dilantik menjadi

setiausaha kepada beberapa orang menteri seperti Mueiz al Daulah.

Pengalaman tersebut memberikan beliau peluang yang luas untuk

mendampingi masyara­kat dan orang ramai.

Selepas kematian Mueiz, beliau dilantik oleh Menteri Ibnu Amid menja­di

ketua perpustakaan. Kesempatan ini telah digunakan untuk menelaah

berbagai-bagai buku yang ditulis oleh para ilmuwan Islam dan Yunani.

Selepas itu, beliau dilantik pula sebagai Ketua Pemegang Amanah

Khazanah yang bertanggungjawab menjaga Perpustakaan Malik Adhdud

Daulah yang memerintah dari tahun 367-372H. Dengan pengetahuan

dan pengalaman yang ada padanya, Ibn Muskawaih telah berjaya

membina ketokohannya sebagai seorang ilmuwan yang mempunyai

pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang.

Banyak teori telah dihasilkan oleh beliau dan tidak terbatas kepada

bi­dang falsafah semata-mata. Beliau menulis berbagai-bagai kitab yang

membicarakan pelbagai persoalan. Antaranya Kitab al-Fauz al-Saghir

yang menumpukan pembicaraan kepada persoalan yang berkaitan

dengan metafizik iaitu tentang Allah, kerasulan dan jiwa.

Kebanyakan pandangannya mengenai perkara ini disesuaikan daripada

pandangan ahli falsafah Yunani. Kesan pemikiran falsafah Yunani

terhadap Ibn Muskawaih dapat dilihat pada pan­dangannya mengenai

jiwa. Semasa mengungkap persoalan ini, beliau menyatakan bahawa

jiwa merupakan roh yang berlainan daripada tubuh dan tidak mungkin

dapat dilihat dan disentuh oleh pancaindera. Baginya jiwa sesuatu yang

da­pat menerima dua perkara pada satu masa yang sama seperti

keadaan hitam dan putih pada satu waktu.

Beliau juga telah mengemukakan teori akhlak dalam kitabnya yang

berjudul kitab Tahzib al-Akhlaq. Dalam kitab itu, beliau menyebut

kemuncak akhlak ialah apabila lahirnya perbuatan-perbuatan baik yang

dilakukan secara teratur. Oleh itu, akhlak yang baik hanya akan lahir

daripada jiwa yang bersih dan begitu juga sebaliknya.

Untuk mendapat jiwa yang bersih maka anak-anak sejak kecil lagi harus

didedahkan de­ngan nilai-nilai yang baik. Nilai-nilai buruk pula hanya

akan mengganggu proses tumbesaran dan menyebabkan mereka

membesar tanpa menghiraukan tatasusila. Anak-anak perlu dilatih pada

peringkat awal tumbesaran supaya bersikap dan bertindak mengikut

nilai-nilai ini agar sebati de­ngan diri serta sanubari mereka.

Ibn Maskawaih turut menulis beberapa buah kitab yang lain seperti

al'Adwiah al-Mufra-dah tentang ubat-ubatan, Uns al'Farid sebuah

antologi cerpen, Tajarub al'Umarn sebuah catatan mengenai sejarah,

al-Tabikh mengenai kaedah memasak, al'Asyribah yang membicarakan

tentang minuman, al'Fauz al-Kabir, dan Tajrib al'Um.

Berdasarkan banyak kitab yang ditulisnya maka ketokohannya sebagai

ahli falsafah dan pengarang tidak dapat dinafikan. Idea dan

pan­dangannya jelas mendahului zaman menjadikannya sebagai salah

seorang ilmuwan serta sarjana Islam yang tiada tolok bandingan pada

zamannya. Sesungguhnya Ibn Maskawaih yang dilahirkan pada 330H

(941M) di Kota Rhages itu akan terus dikenang sebagai seorang ahli

fal­safah yang kaya dengan teori-teorinya.